Pada tanggal 16 Mei merupakan hari keramat bagi kaum guru kerana ia  merupakan Hari Guru yang rayakan setiap tahun oleh warga guru dan  masyarakat Malaysia. Pada tahun ini Sambutan Hari Guru Peringkat  Kebangsaan akan diadakan di Kuantan,Pahang Darul Makmur iatitu bertempat  di Universiti Malaysia Pahang. UMP akan menjadi lokasi pelancaran Hari  Guru Peringkat Kebangsaan 2010 dengan kesinambungan tema perayaan "Guru  Pembina Negara Bangsa".
Sehubungan dengan sambutan itu juga semua  sekolah seluruh negara diminta mengadakan aktiviti-aktiviti berikut di  peringkat sekolah.
1. Gotong-Royong Perdana di sekolah  masing-masing pada 15 Mei 2010.
2. Sembahyang Hajat dan Bacaan Yasin  pada malam 13 April 2010.
3. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah  secara serentak pada 16 Mei.
Sambutan Hari Guru 2010 diharap  bakal mencetus pelbagai idea baru di samping memupuk budaya cemerlang  dan setiakawan di kalangan pelajar. Selamat Hari Guru 2010.