SEJARAH SEKOLAH

S.K Chenua Sega, Raub, Pahang telah dirasmikan pada tahun 1973 oleh Encik Hamzah bin Abu Samah, Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu itu. S.K Chenua terletak di dalam Mukim Sega iaitu kira -kira 1 kilometer dari Pekan Sega dan kira-kira 36 kilometer dari Bandar Raub. Ia merupakan sebuah sekolah yang berlatarbelakangkan sekolah tradisional.

Bangunan sekolah ini terdiri daripada satu blok pentadbiran dan bilik darjah, satu blok kantin, satu blok tandas, sebuah bangunan Prasekolah dan sebuah bangunan 2 bilik darjah . Pada masa ini, blok pentadbiran dua tingkat mengandungi kemudahan-kemudahan seperti makmal sains, makmal komputer, stor dan bengkel Kemahiran Hidup. Bilik Makmal Komputer ini adalah hasil daripada bilik darjah yang telah diubahsuai kekal. Dua buah bilik darjah pula telah diubahsuai sebagai perpustakaan sekolah dan bilik guru. Sebuah lagi bilik darjah juga telah dibahagikan kepada dua iaitu ; bilik darjah dan bilik buku teks.