Monday, September 13, 2010

Cerita selepas cuti raya...

Tarikh : 14 September 2010
Hari : Selasa

Bermula persekolahan di SK Chenua setelah seminggu cuti sekolah+raya. Agak ramai murid-murid tidak hadir. Mungkin akibat sakit perut menelan kuih-muih raya yang berbagai-bagai jenis. Tahniah kepada semua guru yang tidak mengambil cuti tambahan sempena raya ini.

Ada sesetengah sekolah rendah di Malaysia yang menyambung cuti persekolahan tanpa memikirkan murid-murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR minggu depan. Bagaimana murid-murid tahun 6 hendak ulangkaji pelajaran selepas seminggu beraya. Seronoook sakan beraya sampai lupa periksa UPSR makin dekat.

Hendak disalahkan guru, guru pun beraya juga. Beraya di kampung mana nak ingat budak-budak UPSR ni. Masa inilah nak berseronok, berziarah saudara mara, bertemu rakan-rakan. Balik dari kampung, barulah kalut nak buka kertas ujian, mengulangkajikan budak-budak UPSR yang memang sudah lupa banyak perkara.

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Tarikh : 10 September 2010
1 Syawal 1431

Kami warga SK Chenua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru dan kakitangan pendidikan di seluruh Malaysia. Maaf zahir dan batin.